Wednesday, June 12, 2013

Bulan Syaaban

BULAN SYAABAN
SUMBER ARTIKEL RAKAN MASJID

BULAN SYA’BAN

            Alhamdullillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin-Nya, kita masih lagi dapat bernafas di muka bumi yang indah ini. 
            Dalam kesibukan kita mencari jalan-jalan kejayaan dan kemewahan dunia masa kini, sedar ataupun tidak, kita telah pun memasuki antara bulan Islam yang mulia sebelum Ramadhan iaitu bulan Sya’ban pada tahun 1433 Hijrah ini. 
            Mungkin ada antara kita yang sudah dapat merasai sedikit “bahang” Bulan Ramadhan yang Berkat, yang bakal menyusul pula selepas ini. Mungkin juga telah timbul, dalam jiwa-jiwa kebanyakan manusia untuk kembali semula ke jalan yang benar, dan meningkatkan semula kadar ibadah sebelum tibanya tetamu Istimewa Ramadhan yang tidak lama lagi. 
            Apa yang pasti, ibadah-ibadah yang dilakukan samada sebagai persiapan kepada menjelangnya bulan Ramadhan, ataupun sekadar perkara-perkara ibadah yang rutin, tidak kurang juga, terdapat banyak ganjaran dan juga fadhilat yang ditawarkan sepanjang bulan Sya’ban. Apakah ganjaran-ganjaran yang diberikan Sya’ban itu?

Antaranya fadhilat tersebut ialah:
 1.    Pada malam ke 15 Syaaban, Allah berfirman bahawa sesiapa yang meminta ampun kepada Allah melalui doanya maka doanya akan diperkenankan oleh Allah kecuali tiga golongan iaitu;

a.       Orang yang syirik kepada Allah.
b.   Orang yang berzina dan tidak bertaubat nasuha. Malahan orang berzina ini meskipun orang lain  berdoa untuk dirinya maka tidak diterima oleh Allah.
c.       Orang yang bermusuhan sesama Islam.
 2.   Sya’ban ialah bulan yang membuka peluang kepada manusia untuk diampunkan dosa, manakala, bulan Ramadahan bulan untuk menyucikan dosa tersebut.
 3.    Antara bulan yang dinaikkan ganjaran puasa selepas bulan Ramadhan dan Rejab ialah pada bulan Sya’ban. 
Pada malam yang istimewa di bulan ini, iaitu malam Nisfu Sya’ban, antara amalan mulia yang biasa diamalkan dalam kalangan masyarakat Islam adalah:

Apabila selesai solat Maghrib, bacalah surah Yasin 3 kali. Kali pertama doakan kesihatan tubuh badan dan dipanjangkan supaya dapat beribadah. Kali kedua, niatkan agar dimudahkan rezeki dan mendapat rezeki yang halal lagi baik. Kalu ketiga, niatkanlah agar berkesudahan di akhir hayat dalam keadaan beriman.
 Adapun, sesetengah perkara yang berkaitan dengan bulan ini mungkin tidak dapat diyakini kesahihannya, namun tidak salah untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah tersebut, dengan syarat berniat untuk beribadah kepada Allah dan mendapat keredhaan-Nya.
Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.”
(Al-Bukhari)
syaaban 2012
WALLAHUAKLAM

No comments: